Saturday 30 March 2013

Jom Update Macam2..

Salam,

Lamanya tak update blog ni..busy sgt, tak sempat nak update hehe..

Ermm takde pape sgt pun nk di update, cuma nk share sket suasana sepanjang latihan mengajar.. Sepanjang 7 minggu ni, semuanya boleh dikatakan berjalan lancar.. Untuk ICT, saya ajar kelas tingkatan 4, ICTL tingkatan 2 dan matematik tingkatan 2 (berbeza dr entri sebelum ni coz ada perubahan jadual). Untuk kelas ICT, rasanya baru beberapa kali je perjumpaan sbb pelajar selalu terlibat dengan program sekolah, minggu ujian penilaian 1 dan mcm2 yang menyebabkan P&P terpaksa ditangguhkan. Tambah pulak kelas ni saya share dgn practical mate, so sorang 2 masa je (seminggu sekali je perjumpaan)..Kelas ICTL plak saya ajar 2 kelas iaitu kelas 2M dan 2T.. Untuk kelas ICTL ni saya menghadapi masalah yang sama dengan beberapa orang kawan2 lain, iaitu masalah kemudahan komputer. Kelas tingkatan 4, pelajar bwk notebook sendiri, so selamatlah hehe. Kat bawah ni, ada beberapa keping gambar semasa P&P dalam makmal komputer sekolah...


Kat bawah ni pulak gambar masa sekolah ganti. Oleh kerana tak ramai pelajar hadir, pelajar dikumpulkan mengikut tingkatan. Tambah pulak, pada hari yang sama berlangsung mesyuarat PIBG..Pada masa ni, saya ditugaskan untuk kawal pelajar tingkatan 2 bersama Ustazah Rabiatul.. So, aktiviti yg dijalankan ialah... (lihat gambar kt bawah)



Hari terakhir sebelum cuti sekolah, saya telah di observe utk kali pertama oleh pensyarah saya iaitu En Mohd Yunus. (Ada 2 kali observe lg) Beliau ni baik sgt. Selalu tolong pelajar-pelajar yang menghadapi masalah. Disebabkan beliau jugaklah, kami dapat ber 'praktikal' di Temerloh dan dapatlah save budget sket sbb duk rumah sendiri hehe. Tqvm cikgu!!! Kalau tak, terpaksa la, pilih sekolah di Kuantan dan menyewa. Bila sebut observe ni kecut perut jgklah hehe, tp semuanya dah selamat dan berjalan lancar. Komen cikgu, byk tentang penulisan Rancangan Pengajaran Harian. In shaa Allah akan diperbaiki. Masa pemantauan ni, sy mengajar kelas ICT tingkatan 4, Bab 2 : Sistem Komputer-Perwakilan Data dan Pengenalan Kepada Kod Binari. Alhamdulillah, pelajar pun bagi kerjasama :). Ermm.. buka sekolah ni kena prepare utk 2x pemantauan oleh pensyarah dan guru pembimbing utk subjek major dan minor plak huhu. Semoga semuanya dipermudahkan. Aminnnn.

            (Ni la pensyarah saya yang sgt baik hati. *snap gambar dr jauh je huhu)


Sempena cuti sekolah ni jugak, saya berkesempatan ke UNISZA.. sbb nak amik Baucer Buku yg bernilai RM250 hehe.. Dah abis pun saya guna 250, baucer kali ni saya takde beli buku sgt.. banyak beli stationery dan BBM. Saya abiskan RM250 kat kedai buku Popular, dapat lg baucer RM50 dari Popular. Yang ni belum guna lg, taktau nk beli ape lg hehe.


Panjang pulak entri kali ni..sbb lama tak update dan byk benda nak citer.. Ni pun blom abis huhu. Lenkali la saya citer di entri akan datang.

Bubye..



Tuesday 5 February 2013

Guru Pelatih

Salam,

Minggu ni merupakan minggu pertama saya di SMK Paya Pulai sebagai guru pelatih. Hari ni dah hari yang kedua. Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah ni :)... 

Hari pertama selepas perhimpunan rasmi, saya berjumpa GPK 1 untuk mendapatkan jadual waktu. Subjek yang saya kena ajar ialah ICTL Tingkatan 2, Matematik Tingkatan 1 dan ICT Tingkatan 4, jumlah waktu sebelas...

Oleh kerana semalam merupakan 1st day, so saya tak start mengajar lagi.. masuk kelas just berkenal-kenalan dulu dengan pelajar-pelajar :)...

*Ni jadual waktu saya..
p/s:- yg ada tanda pen merah tu cancel k, so hari Rabu takde kelas. mesti cik relief mencari saya huhu...


shhhhhhhhhhh....cikgu dah datang!!! :p


Ini lah pelajar-pelajar saya dari kelas 1M, cute2 je kan hehe.. Time ni kelas Matematik.. diorang tengah buat latihan tu, tajuk Faktor Sepunya, JGN KACAU :D

Bubye :)