Tuesday 5 February 2013

Guru Pelatih

Salam,

Minggu ni merupakan minggu pertama saya di SMK Paya Pulai sebagai guru pelatih. Hari ni dah hari yang kedua. Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah ni :)... 

Hari pertama selepas perhimpunan rasmi, saya berjumpa GPK 1 untuk mendapatkan jadual waktu. Subjek yang saya kena ajar ialah ICTL Tingkatan 2, Matematik Tingkatan 1 dan ICT Tingkatan 4, jumlah waktu sebelas...

Oleh kerana semalam merupakan 1st day, so saya tak start mengajar lagi.. masuk kelas just berkenal-kenalan dulu dengan pelajar-pelajar :)...

*Ni jadual waktu saya..
p/s:- yg ada tanda pen merah tu cancel k, so hari Rabu takde kelas. mesti cik relief mencari saya huhu...


shhhhhhhhhhh....cikgu dah datang!!! :p


Ini lah pelajar-pelajar saya dari kelas 1M, cute2 je kan hehe.. Time ni kelas Matematik.. diorang tengah buat latihan tu, tajuk Faktor Sepunya, JGN KACAU :D

Bubye :)










Friday 1 February 2013

Tengok-tengok sekolah

Salam,

SMK Paya Pulai..
Ini lah sekolah tempat di mana saya akan menjalani latihan mengajar :)


Oleh kerana minggu depan dah nak start latihan mengajar, hari ini saya dan 'coursemate' iaitu Irza telah pergi ke sekolah untuk melapor diri @ sesi suaikenal.. Kami telah berjumpa dengan Pengetua SMK Paya Pulai iaitu Puan Hajah Norlaila Ismail. Alhamdulillah, kedatangan kami disambut baik. Beliau sangat baik hati dan peramah.. Dalam kesibukan tugas, sempat juga beliau meluangkan masa lebih kurang selama 30 minit bersama kami. Walaupun dalam tempoh yang singkat, banyak juga tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan sebagai panduan untuk kami.. In shaa Allah, minggu dpn kami ke sini lagi sbg guru pelatih secara rasminya hehe...
Bubye...