Saturday 30 March 2013

Jom Update Macam2..

Salam,

Lamanya tak update blog ni..busy sgt, tak sempat nak update hehe..

Ermm takde pape sgt pun nk di update, cuma nk share sket suasana sepanjang latihan mengajar.. Sepanjang 7 minggu ni, semuanya boleh dikatakan berjalan lancar.. Untuk ICT, saya ajar kelas tingkatan 4, ICTL tingkatan 2 dan matematik tingkatan 2 (berbeza dr entri sebelum ni coz ada perubahan jadual). Untuk kelas ICT, rasanya baru beberapa kali je perjumpaan sbb pelajar selalu terlibat dengan program sekolah, minggu ujian penilaian 1 dan mcm2 yang menyebabkan P&P terpaksa ditangguhkan. Tambah pulak kelas ni saya share dgn practical mate, so sorang 2 masa je (seminggu sekali je perjumpaan)..Kelas ICTL plak saya ajar 2 kelas iaitu kelas 2M dan 2T.. Untuk kelas ICTL ni saya menghadapi masalah yang sama dengan beberapa orang kawan2 lain, iaitu masalah kemudahan komputer. Kelas tingkatan 4, pelajar bwk notebook sendiri, so selamatlah hehe. Kat bawah ni, ada beberapa keping gambar semasa P&P dalam makmal komputer sekolah...


Kat bawah ni pulak gambar masa sekolah ganti. Oleh kerana tak ramai pelajar hadir, pelajar dikumpulkan mengikut tingkatan. Tambah pulak, pada hari yang sama berlangsung mesyuarat PIBG..Pada masa ni, saya ditugaskan untuk kawal pelajar tingkatan 2 bersama Ustazah Rabiatul.. So, aktiviti yg dijalankan ialah... (lihat gambar kt bawah)



Hari terakhir sebelum cuti sekolah, saya telah di observe utk kali pertama oleh pensyarah saya iaitu En Mohd Yunus. (Ada 2 kali observe lg) Beliau ni baik sgt. Selalu tolong pelajar-pelajar yang menghadapi masalah. Disebabkan beliau jugaklah, kami dapat ber 'praktikal' di Temerloh dan dapatlah save budget sket sbb duk rumah sendiri hehe. Tqvm cikgu!!! Kalau tak, terpaksa la, pilih sekolah di Kuantan dan menyewa. Bila sebut observe ni kecut perut jgklah hehe, tp semuanya dah selamat dan berjalan lancar. Komen cikgu, byk tentang penulisan Rancangan Pengajaran Harian. In shaa Allah akan diperbaiki. Masa pemantauan ni, sy mengajar kelas ICT tingkatan 4, Bab 2 : Sistem Komputer-Perwakilan Data dan Pengenalan Kepada Kod Binari. Alhamdulillah, pelajar pun bagi kerjasama :). Ermm.. buka sekolah ni kena prepare utk 2x pemantauan oleh pensyarah dan guru pembimbing utk subjek major dan minor plak huhu. Semoga semuanya dipermudahkan. Aminnnn.

            (Ni la pensyarah saya yang sgt baik hati. *snap gambar dr jauh je huhu)


Sempena cuti sekolah ni jugak, saya berkesempatan ke UNISZA.. sbb nak amik Baucer Buku yg bernilai RM250 hehe.. Dah abis pun saya guna 250, baucer kali ni saya takde beli buku sgt.. banyak beli stationery dan BBM. Saya abiskan RM250 kat kedai buku Popular, dapat lg baucer RM50 dari Popular. Yang ni belum guna lg, taktau nk beli ape lg hehe.


Panjang pulak entri kali ni..sbb lama tak update dan byk benda nak citer.. Ni pun blom abis huhu. Lenkali la saya citer di entri akan datang.

Bubye..



Tuesday 5 February 2013

Guru Pelatih

Salam,

Minggu ni merupakan minggu pertama saya di SMK Paya Pulai sebagai guru pelatih. Hari ni dah hari yang kedua. Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah ni :)... 

Hari pertama selepas perhimpunan rasmi, saya berjumpa GPK 1 untuk mendapatkan jadual waktu. Subjek yang saya kena ajar ialah ICTL Tingkatan 2, Matematik Tingkatan 1 dan ICT Tingkatan 4, jumlah waktu sebelas...

Oleh kerana semalam merupakan 1st day, so saya tak start mengajar lagi.. masuk kelas just berkenal-kenalan dulu dengan pelajar-pelajar :)...

*Ni jadual waktu saya..
p/s:- yg ada tanda pen merah tu cancel k, so hari Rabu takde kelas. mesti cik relief mencari saya huhu...


shhhhhhhhhhh....cikgu dah datang!!! :p


Ini lah pelajar-pelajar saya dari kelas 1M, cute2 je kan hehe.. Time ni kelas Matematik.. diorang tengah buat latihan tu, tajuk Faktor Sepunya, JGN KACAU :D

Bubye :)










Friday 1 February 2013

Tengok-tengok sekolah

Salam,

SMK Paya Pulai..
Ini lah sekolah tempat di mana saya akan menjalani latihan mengajar :)


Oleh kerana minggu depan dah nak start latihan mengajar, hari ini saya dan 'coursemate' iaitu Irza telah pergi ke sekolah untuk melapor diri @ sesi suaikenal.. Kami telah berjumpa dengan Pengetua SMK Paya Pulai iaitu Puan Hajah Norlaila Ismail. Alhamdulillah, kedatangan kami disambut baik. Beliau sangat baik hati dan peramah.. Dalam kesibukan tugas, sempat juga beliau meluangkan masa lebih kurang selama 30 minit bersama kami. Walaupun dalam tempoh yang singkat, banyak juga tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan sebagai panduan untuk kami.. In shaa Allah, minggu dpn kami ke sini lagi sbg guru pelatih secara rasminya hehe...
Bubye...

Monday 28 January 2013

Latihan Mengajar


Cuti tinggal lagi beberapa hari. Bermakna dah nak start latihan mengajar. Alhamdulillah, dapat jgk buat latihan mengajar di Temerloh. So, saya akan memulakan latihan mengajar pada 4 Feb hingga 24 Mei 2013 di SMK Paya Pulai, Temerloh. Nervous pulak rasanya huhu... 

Kenapa perlu latihan mengajar???
Latihan mengajar adalah satu siri pengalaman praktik dan sistematis yg berasaskan sekolah bertujuan membantu guru pelatih menjadi guru profesional. Turney (1982) mentakrifkan latihan mengajar sbg:

".....a purposeful series of supervised professional experiences in which student teacher apply, refine and construct theoretical learnings, and through which they develop their teaching competencies."




Diharapkan semuanya berjalan dengan lancar. Semoga apa yg dipelajari dapat dipraktikkan di samping menimba pengalaman baru. Selamat menjalani latihan mengajar buat kawan2 DPLI 2012/2013 sama ada dari IPTA dan juga Maktab Perguruan :)...

                                        Buah cempedak di luar pagar,
                                        Ambil galah tolong jolokkan,
                                        Kami budak baru belajar,
                                        Kalau salah tolong tunjukkan...
Hehe.. Bye...

Sunday 27 January 2013

Petua Seorang Guru

Kalau seorang guru menjadi pemudah cara,
ramai murid pandai berbicara.

Kalau seorang guru mengajar tanpa alat,
murid belajar dengan ralat.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon,
murid belajar dengan tekun.

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk,
murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap,
Ada murid bertambah gagap.

Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai,
Tak akan tahu murid lemah dan pandai.

Kalau seorang guru berbudi bahasa,
Dikenang murid sepanjang masa.